Thursday, February 28, 2008

Orang Kampung Balik Kampung

Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.

POLIS: Saya kate 'P' mane...?

PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.

Sendaloka Malam Pengantin

Dalam keheningam malam penuh syahdu, a ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah..
nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun ber! kata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban...
Ramli mencuba lagi.
"Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"
Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Moral cerita :
Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

Planet Pulse






Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.







Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.







Bermalam di rumah janda

"Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

"Mahukah saudara ditemani?" soal janda tersebut dengan nada yang manja.

"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

"Baguslah," kata janda itu pula. "Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara...""

Haha..korang tgh pikir ape hah?ish...ish..x baik laa

Walk - In Interview

Suatu pagi dua orang sahabat sedang berjalan jalan di sebuah pekan. Tiba tiba Abu bersuara kepada Ali

Abu : Hey Ali bukan kah kau ada temuduga hari ini. Sekarang dah pukul 10 pagi. Nanti kau lambat sampai!!

Ali : Ye aku tau...aku dalam perjalanan ke tempat temuduga la ni..

Abu : Kenapa kau tak naik je teksi atau bas. Kau dah lambat sangat nie.

Dengan bersahaja Ali mengeluarkan sekeping kertas dan memberikan kepada Abu.

Ali : Ni surat temuduga tu. Kau baca lah

Lantas Abu pun membaca surat tersebut..

" Tahniah anda berjaya dalam "WALK - IN " Interview"

Ali : Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja.......

Surat Putus Cinta

Seorang gadis kampung, Timah, ingin memutuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Satu Minit Tiga Kali Malu

Alkisah ada seorang budak bandar (city boy/org asli KL katakan) yang bernama Fat Joe. Dia yang dibesarkan dalam kehidupan moden telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang perempuan kampung.

Seperti biasa, pengantin lelaki mesti tinggal kat rumah isteri lepas akad nikah sementara menunggu majlis persandingannya. Jadi duduklah Fat Joe dengan isterinya... malam pertama.. Si isterinya pun mengajak Fat Joe makan malam bersama keluarganya.. kebetulan ramai pulak sedara mara isterinya di rumah pada masa tu.. ye laa nak sambut menantu.. ramailah sedara mara.

Si Fat Joe yang memang seumur hidup tak penah pakai kain pelikat kat rumah telah diberikan sehelai kain pelikat untuk dipakai malam tuh.. maka dipintal-pintal secukup rasa ajelah kain pelikat yang dipakainya tuh..

Adat makan dikampung bersila.. Fat Joe ni pulak tak biasa bersila.. city boy.. makan di meja.. Oleh kerana keluarga semua sedang menunggu..terpaksalah Fat Joe ni memaksakan kakinya duduk bersila...

Sedang terkial-kial dan tertonggek-tongggek nak bersila tu.. tah macamna terKENTUT pulak Fat Joe depan keluarga isterinya... Satu keluarga yang sedang bersila tergamam..

Fat Joe yang nak 'cover' malu terus menekup mulutnya sambil ketawa kecil.. "EHEK.." dengan serentak.. keluarlah HINGUS Fat Joe meleleh di hidung...

Punyalah nak 'cover' hingus dia tuh... diangkat pulak kain pelikatnya nak lap hidungnya... !! Maka terjulurlah Awang Liku si Fat Joe yang sedang tidur sambil direnung oleh sanak saudara isterinya yang sedang terkejut... Maka tamatlah cerita Si Fat Joe "SATU MINIT.. 3 KALI MALU.."

Jenis Org Berdasarkan Kentut

Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain

Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam

Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang

Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya

Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat

Misterius : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan

Gugup : Kentut apabila disergah

Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang



so??mana satu adalah anda??jangan tipu-tipu eh..sure ada salah satu..

Kisah seorang Janda yg dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi
dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah
tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana
hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di
waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan
dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi
badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga
sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan
menyambung tidur semula.

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....